Tuesday, September 20, 2011

happy birthday

21/09
SIMON BIRTHDAY yang ke 23, dah gemuk boyprend aq ni...
our celebration just simple but nice kan...
makan pizza yang sedap, secret recipe indulgence cake yang superb, wayang, romantik talk, lastly at tanjung dawai makan lagi..memang lepas ni jadi pasangan yang montel la sayang...

happy birthday sayang...semoga panjang umur..sentiasa success dalam hidup....
harap suka la my present yang tak seberapa, surprise party tak berapa nak menjadi....

i love u,


birthday boy......



Friday, September 16, 2011

my Cousin...


  • sekarang ni musim orang menamatkan zaman bujang la aq rasakan, cousin aq banyak da nak kawin daa termasuk la dengan sorang cousin aq ni yang rapat dengan aq:-




dulu jadi flower girl sama  sama
bercuti pun sama
hang out pun sekali & tengok wayang







 * lepas ni kalau nk jadi flower girl pun x da geng ( boleh kew agi dah tua )
 * lepas ni pergi bercuti dengan SIMON jew
 * hang out pun lepas ni dengan WAJIB TAYANG jew la
 (SIMON n WAJIB TAYANG konon ramai boyfriend)

kepada cousin saya EIRA semoga berbahagia ya dengan suami tercinta nanti hihihihi

"PICTURE PICTURE DIATAS SEMUANYA KETIKA SAYA KURANG MATANG"



Monday, September 12, 2011

good luck...

Good luck for those yang akan menduduki peperiksaan UPSR hari ni..
especially kepada AHMAD FARIS my brother...
semoga berjaya dapat result yang cemerlang, 5A
kakak sentiasa doakan kejayaan adik kakak...
sorry tak call pun dik ih untuk wish good luck klu kakak orang lain sure da call bagi nasihat berjela jela...

JAWAB DENGAN HATI YANG TENANG OK .....
KAKAK SENTIASA DOAKAN KEJAYAAN ADIK KAKAK..
.

Sunday, September 11, 2011

yash....

setiap kali musim exam mesti aq akan ada masalah,
sem satu dulu ada masalah rumah sewa,
sem dua masalah rumah sewa,
sem tiga kali ni masalah dengan seorang budak perempuan bernama ttteeeetttttt
setiap kali aq ada masalah ngan dak perempuan  mesti nama yang sama tak bertukar langsung,
sama nama tapi lain org....nama ni memang sensitive la dengan aq...
walauapa pun da settle semuanya....
orang yang banyak membantu dalam menyelesaikan masalah saya ni...
NUR SYAFIQAH n NURUL FATHIHAH....tq
yang paling penting dalam menyelesaikan masalah saya MOHAMAD SAFWAN HASHIM..
tq sayang awak sentiasa ada dekat dengan saya bila saya perlukan awak,
even sampai lewat pagi pun awak tetap sabar menanti,
awak tahan jew dengan kerenah saya minggu ni,
saya akan ingat setiap perkara yang awak buat untuk saya semuanya SWEET jew..
"awak nyanyikan lagu sampai saya tidur" TQ SAYANG

NUR SYAFIQAH N NURUL FATHIHAH tq sangat.....
saya appreciate sangat...tq..sayang awak....

Friday, September 9, 2011

BRRooooMMMM....

broooommmm..broooooommmm......brooommmmmmm.....
apa kes la tiba entry aq ni start pakai broooommm..brommmmm ni, selalunya wink..wink...
konon comel la wink..wink....ari  ni brutal sikit...brrooooommm..preeeeeee, wili skit...kejadah apa wili pun aq x taw main sebut ja, okay back to kisah sebenar..hihihi
sebenarnya ari ni first time ni aq naik moto ngan SIMON, seumur hidup aq tak pernah naik moto nagn mana mana lelaki lansung, hari ni aq pecah tradisi naik moto bersama SIMON..tq yunk yunk pengalaman yang best even kejap ja tp best siot gempak.....!!! soalan aq rasa paling bongok aq tanya SIMON, "naik moto boleh bawa handbag x,"...bengong betol, naik moto ni satu jew yang spoil....helmet yang aq pakai tadi goyang goyang, kepala aq kecik kew?helmet 2 besar? nasib ada visor klu turun moto cekang jew muka aq, xpayah pakai botox..P/s"mama tak perlu lagi g suntik suntik vitamin bagai, naik moto sudah cekang habis muka..."hahaha best gila tp sapa yang baru lepas buat rebonding jangan cari pasal naik moto ok, after 3days okay..:)


TQ sayang...LUV U.......


angan angan nanti da kawin naik moto kawasaki yang besar 2 warna biru hitam, pakai jeket kulit helmet yang style gitu g bersantai..pergh!!!bawa moto ala slow,santai,...wahhh.....best...best...

Monday, September 5, 2011

NAK.......

okay lets start the party...okay fine poya...dari ayat ni jelas la yang aku teramat sangat la boring tahap cipan....
nak study pun mood x sampai lagi sedangkan test berduyunn duyun menanti....sabar na jangan duk buat teruk sangat ngan test....orang study smart not study hard okay...okay merepek lagi..pfft...shut up, BELL zip your mouth now...zzuuppp.....okay tak lawak..perempuan gila...apa perlu aq buat ni??menyanyi ka? x perlu suara sumbang..menari ka? x perlu baru buka langkah rosak tarian...mengumpat?x boleh dosa..tadi da update tapi ni update lagi sudah jelas tahap kebosanan dah sampai kemuncak...x da apa nak update pun, otak kosong idea pun x da.....jadi untuk mengisi masa aku dengan berfaedah aq pun mengemaskini la lappy aq yang bercamputr aduk ni, berserabut aq tgk......tiba aq jumpa picture ni dalam lappy ni...:-



mama nk bear....baru tido nyenyak sebagai ganti bantal peluk..boleh tara 2.....:)


okay da lewat... pic before tido..buruk sungguh......
tq..
from gadis gedix...:)

kalau orang tanya kenapa asyik upload pic sendiri??punya pasal la blog aq....:)




luahan perasaan....

Entry aq kali ni khas untuk orang orang yang suka judge masa depan orang lain kononnya dia ni boleh ni boleh tentukan orang ni kerja apa di masa hadapan..HEBAT KAN ORANG MACAM NI? dah boleh baca masa depan nak kiamat da kot.. kisahnya bermula disini :-
Jam 6.30pm....


Jiran A: erm cepat ja masa berjalan dah nak nk hujung tahun, SPM pun da dekat...macam mana anak?
Jiran B: biasa ja la, macam dia..syipi mana ni?
Jiran A: syipi duk kurung lam rumah study, dya amik alairan science payah la sikit..anak ana    aliran apa?
Jiran B: anak kami amik aliran akaun ja tu pun dya duk menagdu susah....
Jiran A: la akaun ka? susah pun tak tera mana la?periksa dya okay kot bulan2?
Jiran B: ha boleh la cara dya,duk bawa balik pun markah biasa biasa ja la...
Jiran A: lepas ni amik kos akaun la no jadi accountant tapi 2 la ada ka kerja,dah belambak budak akaun la ni,ada kerja ka, sebab 2 kami suruh syipi amik aliran science banyak sikit cabang nk pikiaq ke depan.
Jiran B: erm xtaw la kak macam mana belajaq la dulu, ikot dya la nak amik kos apa pun.
Jiran A: ni mira mana?lama x nampak?mcm mana dya kat sana dah okay kot, seronok da kot belajaq kat sana......syam dah sambung degree la kos tteeetttt mira duk diploma x habis lagi ka?
Jiran B: erm aha..x pala kak nk masuk dalam dulu....


kepada ibu ibu yang terlalu bangga dengan kejayaan anak dia jangan la terlalu angkuh dengan kelebihan yang diberi kadang kadang bila bercakap fikir sama perasaan orang sekeliling sama da boleh mengguris perasaan atau tak..masa depan bukan manusia yang tentukan semuanya rezeki dari ALLAH S.W.T...saya tahu anda terlampau bangga dengan kejayaan anak anda sampai tahu tahap awak memperlekehkan kelebihan orang lain, tak kira la amik aliran science atau akaun sekali pun once dah tertulis budak ni jadi pemandu lori,pemandu lori jugak, kalau setakat focus on akademik ja tapi softskill tak ada tak kemana juga..renung renungkan la..macam aq dulu pun amik juga aliran SCIENCE tapi sekarang aliran SASTERA....jangan terlampau yakin dengan anak anda, stop cakap besar, mungkin anda  tuhan bagi kelebihan dari segi akademik result anak anda memang gempak tp jangan terlalu yakin itu saja saya nak cakap, saya bukan mempertikai kan tapi saya cuma luahkan perasaan saya yang saya pendam selama ini...kepada jiran tersebut awak telah membuat jiran anda terguris yang teramat sangat tapi awak jangan risau jiran awak tak marah kan awak dia cuma terkilan ja...one more thing, PLEASE stop amik tahu kehidupan anak orang lain jaga kehidupan anak sendiri dulu, anak orang belajar bukan pakai duit awak sesen pun......... tak semesti apa yang yang kita belajar sekarang itu la titik kerjaya kita( maksudnya tak semesti amik aliran science jari doctor cucuk pesakit, amik aliran science jadi doctor cucuk diri sendiri pun ada ).... maaf ya..saya tahu perasaan ibu ibu yang sememangnya bangga dengan kejayaan ank sendiri...........
kepada jiran B awak tak perlu risau saya yakin satu hari nanti anak anak awak akan buat awak sentiasa tersenyum, kalau awak menangis sekali pun itu adalah air mata kejayan anak awak, awak tak perlu risau setiap manusia yang TUHAN cipta ada kelebihan masing masing....


KUASA ALLAH TIADA SIAPA DAPAT TANDINGI....


tq...


from: perempuan yang sudah lama bersabar akhirnya meletus juga dalam penulisannya, penulisan yang mampu mengungkap seribu satu makna......

Sunday, September 4, 2011

kenapa....

entah kenapa tiba ja aq dekat MERBOK ni hati aq jadi sangat sayu,
untuk aq melangkah kaki keluar dari kereta,
diingatan aq hanyalah terbayangkan wajah mama, abah dan adik aq..
berat rasanya kaki melangkah keluar, 
beratnya mulut aq mengunkapkan perkataan bye, 
berat hatiku aku melangkah masuk rumah,
berat hati aku untuk mengucup mereka,
berat tangan aq untuk menghulurkan tangan bersalam...
hanya seminggu keberadaan aku dirumah sepanjang masa
,masa ku dihabiskan bersama mama dan abah 
tapi malam ni aq keseorangan, 
masih terngiang ngiang lagi suara gelak tawa mama dan abah 
rengekan adik adikku jenaka mereka...aq rindu mama abah....
aq hanya mampu menahan air mata dari mengalir tapi sekarang aq dah tak terdaya,
aq rindu sangat dengan mereka
...kenapa jadi macam ni????
mama, abah buat apa sekarang??

Thursday, September 1, 2011

3 syawal

Salam Aidilfitri, Salam Satu Malaysia,
ha mai sini aq nak cerita perjalanan raya aq sepanjang 3 hari ni....
banyak kenangan manis sepanjang raya tahun memang best setiap tahun mesti best dari sebelum sebelum ni.... 
firstly for sure la kan still dapat duit raya lagi kan malah lebih lagi dari adik adik ku (sebab aq ni awet muda kot nampak mcm budak lagi hahaha) perasan sangat....raya tahun ni sumpah banyak sangat makan start dari pagi raya sampai la raya ke 3 ni mulut aq asyik mengunyah ja, segala macam biskut raya, rendang,ketupat,sup gear box lagi aq telan....wah montel la macam ni...waaaaaaaa
1 syawal...tepat jam 5.00am semua family aq mula gerak balik kampung sebab mama dan abah aq nak pegi sembahyang raya kat kampung sekali pegi kubur( wah mama pegi sembahyang raya tabik spring la lepas ni bolehla ikot abah pula gi sembahyang terawih )...aq ngan adik aku melantak ja la kat rumah tok aq...hari first raya just simple jew pegi rumah mak saudara, meraya macam biasa ja tapi raya tahun ni ramai sepupu x balik sebab g meraya umah mak mertua masing masing,macam aq nanti la raya umah mak mertua (boleh declare sabagai anak perantauan x??)....
2 syawal....hari kedua raya mula pegi rumah jiran jiran konon beraya la, g makan kenduri la then umah mak tok aq ada buat BBQ plak malam, cakap ja segala jenis seafood semuanya ada, cakap ja nak apa sotong,udang ketam,kerang,ikan besar(x tahu nama), mentarang, hotdog, sate,satar, otak otak, wah sumpah best makan memang heaven la, raya kedua da dapat jumpa semua cousin, raya kedua kumpul duit raya paling banyak, raya tahun ni mak pak menakan semua dah loaded kot bagi pun nak lebih ja kan ( jgn lepas raya nanti tertiarap dah la ya ) hihihihi guraw ja..:)
3 syawal...rumah ada buat open house untuk family terdekat jew, mama masak mee kari..sedap sangat..kaki tangan mulut pun lenguh la..kaki tangan kena bekerja mulut penat makan plak malam terbungkang tidoq...satu benda yang paling aq x menarik minat aq sebab ramai sangat budak kecik berlari sana sini, buas tapat gapan lagi, rimas aq tgk dah la aq x suka budak budak sekali ramai budak kecik hari ni yang nak teriak, bebai bebai,lari sana sini....sabaq ja la....apa apa pun raya tahun ni best............
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.....
disebabkan raya tahun ni camera rosak so sikit ja pic itu pun pic aq ja hihihi:-





p/s simon maaf erk saya sombong sangat sepanjang hari raya...........